Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan menawarkan Sarjana Muda Keusawanan (Peruncitan) dengan Kepujian untuk menyediakan bakal graduan dengan kemahiran teori dan praktikal serta konsep dan nilai-nilai keusahawanan bagi membolehkan mereka untuk menjadi cekap dan pengamal analitikal dalam kedua-dua bidang keusahawanan dan peruncitan konvensional, untuk menggalakkan kajian lebih lanjut dalam Keusahawanan (Peruncitan) sejajar dengan persekitaran ekonomi yang berubah dengan pantas. Juga untuk melahirkan graduan dengan pengkhususan Peruncitan yang akan menguasai bidang pengurusan peruncitan, aktiviti, teknologi dan komunikasi (berurusan dengan pengguna, pembekal, masyarakat serta kerajaan). Kurikulum program ini direka untuk memupuk pelajar dengan budaya keusahawanan, nilai-nilai untuk memberikan pembelajaran yang berterusan serta membekalkan graduan untuk menjadi seorang yang lebih berdaya saing.
Bahasa Inggeris adalah medium perantaraan bagi semua program yang ditawarkan oleh fakulti
Jangka masa pembelajaran : 8 semester (4 tahun)
Jumlah Kredit : 125 jam kredit
Prospek Kerjaya
Usahawan dalam bidang Peruncitan , Penganilisis Perniagaan, Perunding Pengurusan/Pengurus Pasaraya, Eksekutif, Penyelidik Pasaran, Pembantu jualan/ Supervisor/Pelatih Pengurusan.