Thursday, July 11, 2013

Sarjana Muda Keusahawanan (Logistik dan Perniagaan Pengedaran) dengan Kepujian

Fakulti Keusahawanan dan perniagaan menawarkan Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Logistik dan Perniagaan Pengedaran) bagi persediaan calon dalam kedua-dua bidang iaitu kemahiran praktikal dan pengetahuan teori berkaitan dengan konsep keusahawanan dan nilai-nilai yang membolehkan calon untuk menjadi pesaing dan pengamal analisis samada dalam bidang keusahawanan dan logistik/pengurusan rantaian bekalan; untuk menggalakkan lanjutan pengajian dalam bidang Keusahawanan (Logistik) selaras dengan kepesatan perubahan secara global dalam persekitaran ekonomik. Ia juga untuk menghasilkan graduan yang mempunyai kepakaran dalam bidang Logistik yang merangkumi bidang rantaian bekalan, perolehan, pengangkutan, pergudangan, pengurusan inventori, pengurusan kewangan logistic, pengedaran dagangan, perdagangan antarabangsa, pembekal perkhidmatan logistik dan logistik bersepadu. Kurikulum program ini adalah bertujuan untuk memupuk pelajar dengan nilai dan budaya keusahawanan, beretika, personaliti yang baik dan mampu untuk bersaing dalam pasaran.

empoh Pengajian:  8 semester (4 tahun)

Jumlah Kredit: 125 jam kredit

Prospek Kerjaya

Usahawan, Pengurus / Penolong Pengurus Pergudangan/Logistik, dan bekerja sendiri